2023-01-06 13:01:38
      Info makluman :
 Jumaat, 14 Ogos 2020, Pada Mesyuarat Agung Tahunan Felkop ke-25, Pihak Pengurusan FELKOP dengan kerjasama
pihak BURSA MALAYSIA telah bersetuju untuk mengadakan usaha sama bagi menggunakan kontrak pembiayaan patuh Syariah TAWARRUQ 
bagi menggantikan kontrak pembiayaan lama iaitu Al BAI INAH dan BAI BITHAMIN AJIL yang mula berkuatkuasa 12 MAC 2000 hingga kini.
Pada hari tersebut, wakil BURSA MALAYSIA (BSAS) iaitu En Jamaluddin Ismail dan En Rajab Liu telah sudi untuk menyampaikan 
PLAQUE dan CENDERAHATI EKSKLUSIF kepada Pengerusi FELKOP iaitu Encik Izham Mustaffa sebagai tanda usaha sama 
antara kedua-dua belah pihak dan akan menggunakan platform/sistem yang dinamakan BURSA SUQ AL-SILA (BSAS) 
untuk transaksi TAWARRUQ pembiayaan FELKOP.
sila klik www.felkop.com/document/Bursa Suq Al-Sila untuk maklumat lanjut.

 plaque BURSA SUQ AL-SILA       
                                         

 cenderahati BURSA SUQ AL-SILA
(contoh sebenar komuditi jual beli)